Liga Super Malaysia Berita

La’Vere Corbin-Ong: Kenali pemain naturalisasi yang sah menyertai JDT

Johor DT telah mengumumkan bahawa pemain kacukan Canada-Malaysoa, La’Vere Corbin-Ong akan menyertai skuad utama mereka untuk musim 2018.

Pemain berusia 26 tahun itu boleh bermain di dua posisi utama – pertahanan tengah dan juga bek kiri. Corbin-Ong dijangka akan memberi cabaran kepada Fazly Mazlan untuk posisi bek kiri dalam skuad utama JDT untuk musim akan datang.

Corbin-Ong dilahirkan di London pada tahun 1991 dan ibunya berasal daripada Malaysia manakala bapanya pula berasal daripada Barbados. Namun, keluarga mereka berhijrah ke Canada apabila dia berumur satu tahun.

Dia memulakan karier bolasepaknya bersama Vancouver Whitecaps pada tahun 2010, sebelum berpindah ke Germany untuk bermain bersama Oberliga Nord dan juga Berliner AK 07 dalam divisyen keempat.

Setelah berjaya menarik perhatian ramai, Corbin-Ong akhirnya berpindah ke FSV Frankfurt – pasukan yang bermain di divisyen ketiga di Germany – pada tahun 2016. Selepas setahun di sana, dia mendapat tawaran untuk bermain di Belanda, untuk pasukan Go Ahead Eagles.

Pada Mac tahun ini, Corbin-Ong diberi panggilan rasmi oleh skuad kebangsaan Canada buat kali pertama sebelum dia berjaya membuat penampilan pertama ketika mereka turun padang menentang Scotland.

Namun, oleh kerana perlawanan tersebut hanya perlawanan persahabatan, Corbin-Ong dijangka masih layak untuk diterapkan ke dalam skuad Harimau Malaya sebagai seorang pemain naturalisasi.