Malaysia Liga Super Malaysia

Shahrel Fikri selar spekulasi perpindahan ke Johor DT

Pemain PKNP FC, Shahrel Fikri telah menyelar spekulasi yang mengaitkannya dengan penghijrahan ke Johor Darul Ta’azim untuk musim 2018.

Remain berusia 24 tahun itu berjaya meledak 11 gol untuk PKNP FC dalam Liga Perdana dan diberi ‘call-up’ oleh Nelo Vingada buat perlawanan Malaysia vs Hong Kong, bulan ini.

Dengan music 2018 bakal berakhir, antara spekulasi yang sedang hangat diperkatakan adalah Shahrel Fikri ke JDT, tetapi pemain yang berasal daripada Perak itu mendedahkan bahawa dia belum menerima sebarang tawaran daripada mereka.

Tiada apa-apa (tawaran daripada Johor DT). Saya pelik dan terkejut apabila secara tiba-tiba khabar angin itu muncul. Malah ramai pemain yang menyerlah dikaitkan dengan Johor DT. Apa pun, saya tidak fikir apa-apa (soal perpindahan) dan kontrak saya dengan PKNP hingga 2019,” kata Shahrel kepada Arena Metro.

“Setakat ini tiada pasukan pun yang menghubungi saya, mungkin mereka tahu saya masih ada kontrak dengan PKNP. Sayang juga nak tinggal kelab ini kerana saya asal Perak dan mula mencipta nama pun dengan PKNP,” tambahnya.

Selain Shahrel, antara nama-nama lain yang sedang dikaitkan dengan Johor DT adalah Nor Azam Azih (Pahang), S. Kumaahran (Pulau Pinang), Syamer Kutty (Pulau Pinang) dan Adam Nor Azlin (Selangor)