Liga Super Malaysia

Football Tribe sah bekerjasama dengan SportsFix untuk liputan Serie A

Football Tribe berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami akan bekerjasama dengan SportsFix, syarikat peneraju platform penstriman mudah alih di rantau Asean.

Selain mempunyai hak penyiaran untuk kebanyakan liga bolasepak utama di negara-ngeara ASEAN, SportsFix kini turut mempunyai hak penyiaraan untuk Liga Itali (Serie A).

“Kami amat teruja untuk membawa Liga Itali kembali ke Malaysia sebagai penyiar eksklusif,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif SportsFix, Carl Kirchhoff. “Kami mempunyai pasukan yang cukup bersemangan di SportsFix dan kami sentiasa mencari jalan baru untuk memberi liputan yang terbaik kepada peminat sukan di rantau ASEAN.

“Jadi, keputusan kami untuk bekerjasama dengan Football Tribe sememangnya masuk akal kerana mereka turut mempunyai visi dan aspirasi yang sama untuk menambahbaikkan liputan sukan bolasepak di rantau ini,” tambah beliau.

 

Kerjasama di antara Football Tribe dan SportsFix akan bermula secara rasmi pada hujung minggu ini, di mana kami akan menyediakan previu dan konten menarik untuk perlawanan-perlawanan berikut:

25 Nov, 10.00PM Bologna vs Sampdoria

26 Nov, 10.00PM AC Milan vs Torino

27 Nov, 1.00AM Lazio vs Fiorentina