Luar Negara

Live Streaming Serie A: Bologna vs Sampdoria

Anda sudah bersedia?

Seperti yang dijanjikan, kolaborasi kami bersama SportsFix akan bermula minggu ini dan perlawanan pertama yang boleh anda layan adalah di antara Sampdoria dan juga Bologna.

Selepas berjaya menewaskan Juventus dalam satu perlawanan yang cukup mendebarkan pada minggu lepas, Sampdoria akan berkunjung ke Bologna untuk meneruskan momentum mereka malam ini. Stadio Renato Dall’Ara akan menjadi lokasi buat perlawanan yang mungkin boleh menyaksikan Sampdoria melompat ke tempat ke-4, sekiranya mereka berjaya meraih tiga mata.

Ini merupakan pencapaian yang cukup baik buat suatu pasukan yang tidak menjadi pilihan ramai musim ini. Namun, mereka berjaya memenangi lima daripada enam perlawanan terakhir mereka, termasuk kemenangan ke atas Juve. Mereka hanya tewas di tangan Inter, beberapa minggu lepas.

Walau bagaimanapun, Bologna sudah tentu mampu memberi cabaran. Selepas tewas dalam empat perlawanan berturut-turut, mereka berjaya menewaskan Verona 3-2 dan sekaligus meraih tiga mata penting pada hari isnin lepas.

Untuk perlawanan ini, Sampdoria akan mengekalkan trio penyerang mereka yang cukup berkesan musim ini – Gaston Ramirez, Fabio Quagliarella dan juga Duvan Zapata. Dua daripada tiga pemain ini mempunyai sejarah bersama Bologna. Ramirez bermain untuk mereka dari 2010 hingga 2012, manakala Zapata hampir menyertai Bologna pada musim panas lepas, sebelum dia memilih untuk menyertai Sampdoria.

Bagi Bologna pula, Vasilis Torosidis akan kembali beraksi di bahagian pertahanan untuk perlawanan ini, manakala Sebastian Di Vaio pula telah diberi peluang untuk membuktikan dirinya dalam kesebelasan utama.

Berikut adalah kesebelasan utama kedua-dua pasukan:

Bologna: Mirante, Mbaye, Gonzales, De Maio, Torosidis, Donsah, Pulgar, Poli, Verdi, Destro, Palacio

Sampdoria: Viviano, Bereszynski, Silvestre, Ferrari, Strinic, Verre, Torreira, Barreto, Ramirez, Quagliarella, Duvan, Zapata.