Luar Negara

Live Streaming Serie A: AC Milan vs Torino

AC Milan akan menjadi hos kepada Torino dalam perlawanan yang sudah tentu cukup mustahak jika mereka mahu mengekalkan harapan untuk meraih kejuaraan liga.

Pasukan kendalian Vincenzo Montella itu tewas di tangan Napoli pada hujung minggu lepas dan keputusan itu memberi peluang kepada Napoli untuk mengukuhkan kedudukan mereka di persada Serie A.

Namun, Milan berjaya bangkit di Europa League beberapa hari lepas, apabila mereka menjaringkan lima gol untuk menewaskan FK Austria Wien 5-1.

Torino pula akan memasuki perlawanan ini dengan prestasi semasa yang agak merisaukan kerana mereka hanya berjaya memenangi satu perlawanan daripada lapan perlawanan terakhir. Walau bagaimanapun, jika mereka berjaya meraih tiga mata dalam perlawanan ini, Torino mampu memecut Milan di carta Serie A.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini sering menjanjikan gol. Musim lepas, Carlos Bacca menjaringkan ‘hat-trick’, walaupun Torino juga berjaya mendapatkan dua gol dalam perlawanan tersebut. Dengan Andrea Belotti mengemudi jentera serangan Torino malam ini, sudah tentu kita akan disajikan dengan pesta gol!

Joma layan Live Streaming perlawanan ini, khas dibawakan oleh SportsFix.tv!