Luar Negara

Live Streaming Serie A: Lazio vs Fiorentina

Bukan mudah apabila mana-mana pasukan tewas dalam perlawanan ‘derby’, namun Lazio sudah tentu mahu bangkit daripada kekalahan mereka di tangan AS Roma, apabila mereka menjadi hos kepada Fiorentina malam ini.

Sebelum perlawanan antarabangsa yang berlangsung dua minggu lepas, prestasi Lazio agak cemerlang – mereka berjaya memenangi sembilan perlawanan berturut-turut. Namun, sejak kebelakangan ini, prestasi mereka dilanda masalah. Setakat ini, Lazio sudah gagal memenangi tiga perlawanan yang berlangsung selepas jendela perlawanan antarabangsa.

Namun, malam ini merupakan peluang yang cukup bagus untuk mereka mengembalikan momentum. Fiorentina jelas tidak sekuat Lazio kerana mereka berada di posisi ke-11, sebelas mata di belakang Lazio. Malah, mereka juga tidak berjaya meraih tiga mata dalam tiga perlawanan terakhir.

Perlawanan ini turut menjadi medan yang cukup penting buat penyerang Lazio, Ciro Immobile. Sebelum malam semalam, dia merupakan penjaring terbanyak dalam Serie A setakat ini. Namun, Mauro Icardi berjaya menjaringkan dua gol untuk membawa jumlah golnya ke 15 – sama dengan jumlah yang dijaringkan oleh Immobile.

Sekiranya, Immobile berjaya meledak malam ini, dengan bantuan Luis Alberto, Lazio sudah tentu akan menjadi pilihan ramai untuk menewaskan Fiorentina.

Jom saksikan Live Streaming perlawanan ini, khas dibawakan oleh SportsFix.tv!