Liga Super Malaysia Berita

Safiq Rahim mangsa serangan ketiga

Safiq Rahim muncul sebagai pemain bola sepak ketiga yang berdepan serangan apabila cermin belakang keretanya dipecahkan pihak tertentu.

Perkara itu berlaku selepas Faisal Halim disimbah asid manakala Akhyar Rashid disamun.

“JDT risau dengan insiden yang melibatkan Safiq Rahim di mana kereta beliau telah diserang berhampiran Pusat Latihan JDT,” kata CEO JDT, Alistair Edwards.

“Kami menggesa PDRM menyiasat perkara ini dengan segera.”

Katanya, insiden ini dengan serangan ke atas Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini, tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak.

“Disebabkan kes-kes terkini, JDT telah meningkatkan lagi keselamatan para pemain kami sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kami juga telah menasihatkan para pemain kami untuk berhati-hati dengan persekitaran dan hantaran-hantaran mereka pada media sosial pada setiap masa.”