Malaysia Liga Super Malaysia

Empat pemain JDT terima kontrak baru untuk musim 2018

Johor Darul Ta’azim telah mengumumkan bahawa empat pemain mereka telah menandatangani kontrak baru untuk musim Liga-M 2018.

Menurut info yang dimuat naik dalam page Johor Southern Tigers, empat pemain ini adalah Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal dan juga Afiq Fazail.

Fazly Mazlan jelas merupakan antara pemain pertahanan yang terbaik di Malaysia, manakala Afiq Fazail pula sering dilabel sebagai salah satu pemain yang cukup berpotensi. Fadhli Shas, walaupun tidak begitu konsisten, masih merupakan pemain yang penting untuk skuad JDT.

Namun, keputusan untuk memperbaharui kontrak Junior Eldstal boleh dikatakan agak mengejutkan. Ini kerana Junior hampir tidak kelihatan di atas padang sepanjang 2017, atas masalah kecederaan yang agak serius. Junior dikatakan mengalami ‘slipped disc’ – salah satu kecederaan yang mampu mengakhirkan karier seorang pemain.

Tetapi, ianya juga penting untuk sedar bahawa Junior bekerja keras sepanjang 2017 untuk bangkit semula dari kecederaan tersebut, sebelum membuat beberapa penampilan untuk skuad kendalian Ulisses Morais sejak kebelakangan ini.

Nampaknya usaha beliau membuahkan hasil apabila TMJ dan pasukan Johor DT membuat keputusan untuk memperbaharui kontrak beliau. Tahniah Junior! Teruskan perjuangan anda!

Apa pandangan anda tentang Junior Eldstal?