Berita Luar Negara

Live Streaming K League Classic: Jeju United vs Jeonbuk Hyundai FC

Jeju United dan Jeonbuk Hyundai akan bertemu dalam pertarungan ‘top of the table’ di K League Classic hari ini dan pasukan yang memenangi perlawanan ini akan menguatkan peluang mereka untuk meraih kejuaraan liga.

Jeonbuk jelas merupakan pasukan yang mempunyai bahagian serangan yang paling bagus di K League musim ini. Namun, prestasi semasa mereka tidak begitu memberangsangkan. Sejak ketua jurulatih mereka, Choi Kang-hee berjaya meraih kemenangan ke-199 beliau di K-League ketika menentang Pohang Steelers, pasukan Jeonbuk tidak berjaya mengambil tiga mata dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Jadi, tidak aneh bahawa pasukan Jeju yakin dapat kebolehan mereka untuk mengalahkan Jeonbuk hari ini. Jeju mempunyai bahagian pertahanan yang terbaik di K League Classic, tetapi kebolehan mereka di bahagian serangan juga tidak patut diperkecilkan.

Jika kita melihat rekod di antara kedua-dua pasukan, Jeju United mempunyai kelebihan yang amat sedikit. Mereka berjaya mengalahkan Jeonbuk 4-0 dan 3-1 dalam dua pertemuan terakhir mereka. Tetapi, yang menjadi persoalan pada masa ini adalah: Mampukah Jeju mengulangi kemenangan mereka pada hari ini?