AFC Champions League

Video Pergaduhan Urawa Reds Dan Jeju United Dalam AFC Champions League

Dalam satu perlawanan pusingan kalah mati AFC Champions League 2017 diantara Urawa Reds bertemu Jeju United, telah berlaku satu insiden pergaduhan sejurus selepas perlawanan tamat.

Pemain pertahanan Urawa Reds, Makino dilihat menjadi sasaran utama para pemain dan pegawai Jeju United yang mengejarnya sehingga Makino perlu dibawa masuk ke bilik persalinan. Pemain dan pegawai Jeju United juga dihalang untuk memasuki terowong ke bilik persalinan.

Urawa Reds berjaya mengalahkan Jeju United 3-0 dalam perlawanan kedua selepas tewas 0-2 dalam perlawanan pertama.

Gol kemenangan Urawa Reds, dijaringkan oleh Ryota Moriwaki pada minit 114′ masa tambahan selepas terikat dengan agregat 2-2.