Other Editions

Penjaga gol JDT, Farizal bakal berdepan hukuman berat daripada AFC

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Farizal Marlias berada dalam ‘bahaya’ kerana kemungkinan bakal berdepan hukuman berat daripada Konfederasi Bolasepak Asia AFC susulan tindakannya mempersoalkan dan menolak pengadil ketika perlawanan separuh akhir kedua ketika menentang Ceres Negros FC pada saingan Piala AFC Zon Asia Tenggara kelmarin.

Menurut bekas pengadil FIFA yang enggan namanya didedahkan, tindakan keterlaluan Farizal itu boleh menyebabkannya digantung beberapa bulan atau didenda jumlah tinggi.

Malah katanya, penggantungan bukan saja membabitkan larangan beraksi bagi saingan Piala AFC musim depan, tetapi dia juga boleh dihalang bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) kerana kedudukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bernaung di bawah AFC.

Berdasarkan kod 12 peraturan FIFA jelas tindakan Farizal itu diertikan sebagai ‘violent conduct’ atau kelakuan ganas yang boleh menymbangkan kepada hukuman berat. Malah, terdapat tiga atau empat kesalahan dilakukannya.

Pertama, dia membantah keputusan pengadil yang seterusnya mencetuskan kekecohan.

Kedua, dia menolak pengadil yang dianggap sebagai kesalahan paling besar.

Ketiga dan keempat, dia membantah di bangku simpanan dengan menyepak botol serta penolong pengadil keempat di tepi padang ketika melangkah keluar dari padang.

Sudah tentu tindakan Farizal akan menyebabkan dia boleh dikenakan hukuman berat yang biasanya dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib AFC.

 

sumber: Harian Metro