Berita

KAFA Diarah Bayar Gaji Tertunggak Velizar Popov Berjumlah USD14,000 Dalam Masa 14 Hari

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 1 Jun 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut, dan mengarahkan Persatuan Bola Sepak Kelantan KAFA membayar tunggakan gaji 3 pemain dan bekas jurulatih Velizar Popov dalam masa 14 hari.

 3 pemain Kelantan yang membuat tuntutan adalah  seperti berikut:

1)Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Tuan Muhamad Faim Bin Tuan Zainal Abidin terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM9,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

2)Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Khairul Izuan Bin Rosli terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM77,486.87 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

3) Tuntutan dikemukakan oleh bekas pemain, Mohammad Faizal Bin Abu Bakar terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM44,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

 Manakala, bekas ketua jurulatih Kelantan, Velizar Popov pula, pasti manrik nafas lega, apabila  tunggakan gajinya perlu diselesaikan oleh KAFA dalam masa 14 hari, setelah menunggu lama.

1)Tuntutan dikemukakan oleh pegawai, Velizar Emilov Popov terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah AS$14,000 atau RM59,938.27 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

Berdasarkan keputusan ini, keseluruhan gaji tertunggak yang perlu diselesaikan oleh KAFA adalah berjumlah RM190,425.14 dalam tempoh 14 hari dari keputusan ini dikeluarkan.