Luar Negara Berita

Bojan Hodak juara Liga Indonesia

Bojan Hodak muncul sebagai jurulatih yang dihormati di Indonesia sejak beliau meninggalkan Kuala Lumpur City dua tahun lalu.

Jurulatih berusia 54 tahun itu berjaya mengemudi Persib Bandung untuk meraih juara Liga Indonesia buat dua musim berturut-turut.

Kejuaraan itu dicapai apabila Persib menduduki tahkta liga dengan perbezaan 10 mata dengan Dewa United yang berada di tempat kedua.

Ini menjadikan Bojan jurulatih yang mempunyai rekod unik apabila pernah memenangi liga di tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Kemboja.

REKOD TROFI BOJAN HODAK
2x Juara Liga Indonesia (Persib)
2x Juara Piala FA (Kelantan)
1x Juara Liga Super (Kelantan)
1x Juara Liga Super (JDT)
1x Juara Piala Malaysia (Kelantan)
1x Juara Piala Malaysia (KL City)
1x Juara Liga Kemboja (Phnom Penh Crown)