
“Sepatutnya isu ini tidak perlu dimainkan kerana perkara ini telah diselesaikan sepenuhnya oleh pihak Terengganu pada April 2025 lalu,” kata Terengganu dalam kenyataan rasmi.
Ia melibatkan bekas pegawai asing pasukan dengan Terengganu apabila timbul sedikit pertikaian berkait bayaran elaun yang melibatkan 5 angka sahaja.
“Pengesahan penyelesaian penuh telah diperakui FIFA pada 21 April 2025 dan memberi masa 5 hari kepada penuntut mengesahkan bayaran. Sepatutnya hal ini tidak timbul oleh kerana tempoh tersebut telah berlalu.”
Tempoh jendela perpindahan atau pendaftaran pemain Liga Malaysia belum lagi dibuka dan jangkaan pada Julai 2025 sehingga sepak mula kemungkinan awal Ogos 2025.
“Pihak Terengganu sememangnya mengambil maklum dan tindakan segera telah dilakukan walaupun tempoh masa masih panjang.
“Segelintir peminat di laman sosial menularkan isu ini yang seolah-olah berniat memburukkan reputasi Terengganu dan yang mengakibatkan tanggapan kurang tepat serta negatif kepada kelab.
“Walaubagaimanapun, diharap semua pihak memahami dan jelas dengan prosedur tatacara kes apabila melibatkan FIFA serta penjelasan yang diberikan pihak Terengganu.”