Berita

Honda Keisuke Lancarkan Soltilo Familia Soccer School Di Malaysia

image-1-800x533

Soltilo Familia Soccer School – sebuah sekolah bola sepak yang ditubuhkan oleh Honda Keisuke melalui syarikat pengurusannya, Honda Estilo Inc. akan melancarkan program “SOLTILO FAMILIA SOCCER SCHOOL One Month Program in MALAYSIA” bermula 6 Februari 2017 sehingga 5 Mac 2017.

Program selama sebulan ini dibuka untuk kanak-kanak berumur dari 3 hingga 14 tahun, dimana mereka akan berpeluang untuk merasai sendiri teknik latihan yang telah disediakan oleh Honda Keisuke berdasarkan pengalamannya dari kecil sehingga mencapai tahap sekarang. Peserta berdaftar akan berada dibawah jagaan 2 jurulatih profesional Jepun yang telah ditetapkan.

header_img

Latar belakang SOLTILO FAMILIA SOCCER SCHOOL

Sekolah bola sepak ini telah ditubuhkan di Jepun pada bulan Mei 2012 oleh Honda Estilo Inc, sebuah syarikat yang menguruskan karier pemain bola sepak terkenal Honda Keisuke.

Sehingga sekarang, Soltiolo Familia Soccer School telah mempunyai 64 cawangan seluruh Jepun dan lebih 4000 peserta telah menyertai program dibawah kendaliannya. Melalui bola sepak, Honda Keisuke mahu menyampaikan kepada bakat-bakat muda ini kepentingan untuk memiliki impian.

Honda sendiri telah melalui pelbagai pangalaman dan cabaran sebelum mampu berada ditahap sekarang sebagai seorang pemain bola sepak profesional yang telah mengajar beliau erti memiliki impian, bekerja keras untuk mencapai impian itu serta mempercayai keupayaan diri sendiri.

Dengan itu, Soltilo Familia Soccer School juga telah mengadaptasikan filosofi yang sama. Honda percaya dengan impian besar mampu menjadikan seseorang itu lebih kuat dan beliau berharap untuk membangunkan komuniti dengan mindset yang sama.

Diperingkat antarabangsa pula, Soltilo Familia Soccer School telah mempunyai cawangan dibeberapa buah negara seperti China – 2 cawangan di Shanghai dan Kemboja – 2 cawangan di Phnom Penh. Pihak Honda Estilo Inc sekarang dalam perancangan untuk membuka cawangan di Malaysia serta beberapa buah lagi di negara-negara ASEAN.

SOLTILO FAMILIA SOCCER SCHOOL One Month Program in MALAYSIA

Tarikh: 6 Februari 2017 hingga 5 Mac 2017

Venue:
– Futsal Rooftop The Zone – 161D, JalanAmpang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
– LamanSuria – 13, JalanKiara, Sunway Spk3 Harmoni, 50480 Kuala Lumpur
– Avenue K Rooftop – 156, JalanAmpang, KampungBaru, 55000 Kuala Lumpur

Jadual Mengikut Kategori: ( Setiap sesi terhad kepada 20 orang peserta sahaja )

Kanak-kanak

  • 3,4,5 dan 6 tahun
  • Rabu / Avenue K Rooftop / 10:00 – 11:00

Year 1 & 2 (6,7 & 8 tahun)

  • Isnin / Futsal Rooftop The Zone 16:00 – 17:00
  • Sabtu / Laman Suria 9:00 – 10:00
  • Ahad / Laman Suria 9:00 – 10:00

Year 3 & 4 (9 & 10 tahun)

  • Isnin / Futsal Rooftop The Zone 17:00 – 18:00
  • Sabtu / Laman Suria 10:00 – 11:00
  • Ahad Laman Suria 10:00 – 11:00

Year 5 (11 & 12 tahun)

  • Selasa / Futsal Rooftop The Zone 16:00 – 17:00
  • Sabtu / Laman Suria 11:00 – 12:00
  • Ahad / Laman Suria 11:00 – 12:00

Year 7 & 8 (13 & 14 tahun)

  • Rabu / Futsal Rooftop The Zone 17:00-18:00

Jangkamasa Sesi: 1 Jam setiap sesi

Bahasa: Jepun & Inggeris

Yuran:

Sesi Pertama:

  • 3 – 6 tahun RM25 setiap sesi
  • 6 – 14 tahun RM50 setiap sesi

Sesi Seterusnya:

  • 3 – 6 tahun RM50 setiap sesi
  • 6 – 14 tahun RM100 setiap sesi
  • 6 – 14 tahun RM400 bagi 5 sesi
  • 6 – 14 tahun RM700 bagi 10 sesi

 

Cara Penyertaan:

Tempoh permohonan: 16 Januari 2017 hingga 3 Februari 2017

Kepada ibu bapa yang berminat untuk memberikan pengalaman baru kepada anak-anak, boleh membuat pendaftaran melalui link diatas dengan segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan.