Liga Super Malaysia

Clean & Minimalist: Jersi Kobert Terengganu FA

Penyokong pasukan Terengganu khususnya hari ini semakin teruja untuk melihat bagaimana jersi terbaru musim 2017 pasukan kesayangan mereka.

Dijadualkan pada jam 4 petang nanti, Kobert akan memperkenalkan secara rasmi jersi baru pasukan Terengganu FA, T-Team dan Hanelang untuk sukan bola sepak serta pasukan hoki Terengganu.

 

1)Clean & Minimalist

Kali ini kami melihat Kobert telah tampil dengan gaya yang berbeza berbanding tahun 2016 apabila menghasilkan jersi yang lebih ‘clean & minimalist’. Perkara seperti ini kebiasaannya akan menjadi bualan ramai kerana jersi kelihatan ‘kosong’ tetapi perkara seperti ini adalah sebenarnya penting untuk mengetengahkan lagi esklusiviti serta mengekalkan fokus kepada penaja utama – Chicken Cottage.

\

Permainan warna juga menjadi isu sebenarnya kepada kebanyakkan jersi bola sepak di Malaysia. Kobert jelas berjaya mengatasi perkara ‘asas’ ini apabila kombinasi putih hitam pada jersi home dan hitam kuning untuk jersi away, telah menjadikan kontra warna begitu sempurna untuk dilihat mata kasar.

 

2)Fabrik Jersi Berkualiti Tinggi

Dari segi fabrik atau material yang digunakan untuk jersi 2017 pula, Kobert berjaya menghasilkan jersi yang setaraf dengan ‘authentic version’ di J League. Dengan menggunakan teknologi Dry-Fit, fabrik kali ini akan lebih mesra pemain berbanding versi 2016.

Dibahagian tepi kiri dan kanan, penggunaan fabrik yang mempunyai rongga yang lebih luas akan menjadikan aliran udara mampu untuk mempercepatkan pengeringan peluh.

 

3) Aksesori ‘Semangat’

Terdapat 3 spot yang kami kategorikan sebagai ‘Spot Semangat’ yang mampu menerbitkan perasaan teruja kepada penyokong Terengganu apabila memakai jersi ini.

 

Pertama, disisi lengan, bendera negeri Terengganu cukup gah berada disitu untuk membangkitkan rasa ‘belonging’ kepada pasukan. Disini adalah spot paling penting memberikan roh kepada jersi Terengganu 2017.

Kedua, dibahagian belakang leher, jersi home dilekatkan khas dengan ‘Semangat’, jersi away ‘ Keberanian’ & jersi ketiga ‘Kebanggaan’.

Ketiga, ‘Born To Strive’ dilekatkan khas dibahagian bawah kiri depan jersi untuk melengkapkan 3 spot Roh jersi Terengganu 2017.

 

4) Logo Pasukan Yang Jauh Berkualiti

Antara perkara pertama yang akan diperhatikan apabila membeli jersi adalah kualiti logo pasukan dihadapan jersi.

Berbanding musim lalu, Kobert telah menggunakan teknik satin-stitching yang jika dibandingkan dengan jersi 2016, ini merupakan penambahbaikan kualiti paling peting selain dari fabrik jersi.

 

Rumusan Jersi Terengganu FA 2017

“Dok soh cakak banyok, stenbai blake gi beli jersi 2017. Derah skek, ramai orang doh nung..Tu je nok kabor. “