AFC Champions League

Akibat Rasuah Jeonbuk Hyundai Hilang Slot AFC Champions League 2017

Jeju vs Jeonbuk

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) petang semalam telah membuat keputusan Jeonbuk Hyundai Motors FC – Juara AFC Champions League 2016, hilang kelayakan untuk beraksi dalam AFC Champions League 2017 kerana penglibatan secara tidak langsung dalam aktiviti mengatur atau mempengaruhi keputusan perlawanan K-League di antara musim 2013 dan 2014.

Penglibatan secara tidak langsung itu itu jelas tidak mematuhi Artikel 11.8 ‘Entry Manual’ untuk AFC Club Competition 2017-2020. Oleh yang demikian, Jeonbuk Hyundai Motors FC telah disabitkan kesalahan tidak mematuhi ‘sporting criteria’ untuk menyertai AFC Champions League 2017.

2017-01-19_2-03-15

Wakil Korea Selatan Dalam AFC Champions League 2017

15002520_1364082040288686_3691534332673122508_o

Pihak AFC selepas itu telah menetapkan Jeju United FC akan berada dikedudukan ketiga ‘direct slot’ ke peringkat kumpulan dan Ulsan Hyundai akan beraksi dalam peringkat Play-Off di AFC Champions League 2017 yang akan bermula minggu hadapan.

¬†Jeju United akan menggantikan Jeonbuk Hyundai dalam kumpulan H AFC Champions League bersama-sama 2 lagi pasukan yang telah ditetapkan iaitu Jiangsu Suning (China) dan Adelaide United (Australia). Satu lagi pasukan akan ditentukan melalui Play-Off – Gamba Osaka/Bangkok United/ Johor Darul Ta’zim.