Sikap rendah diri PBNP pikat hati penyokong Pahang di padang MPK

Jumaat lalu, pasukan liga super Pahang sempat melaksanakan program berbentuk komuniti untuk merapatkan hubungan dengan para penyokong pada bulan ramadhan. Mereka menjalankan program sumbangan sate untuk berbuka puasa pada pukul 6 petang hingga 7.30 malam. Sebanyak 10 000 cucuk sate diagihkan kepada para pengunjung secara percuma.

Program sumbangan sate daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) kepada rakyat di Padang MPK berjalan lancar dengan kehadiran YAM Tengku Presiden PBNP dan pengagihan sate oleh pemain pemain pasukan dibawah naungan PBNP. KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah diiringi KDYTM Tengku Puan Pahang turut berangkat hadir bersama-sama rakyat berbuka puasa di padang MPK  yang juga mengadakan program mengacau bubur lambuk ditempat yg sama.

Pemain Pahang, Nurridzuan Abu Hassan sempat mengagihkan sate kepada pengunjung. Gambar kredit : Pahang FA

Rata-rata pengunjung kelihatan terkejut dengan kehadiran bintang bolasepak Pahang dan tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemain kesayangan mereka. Program ini secara tidak langsung mendekatkan lagi hubungan pemain dengan para penyokong Pahang.

Ashari Samsudin sempat bergambar dengan peminatnya ketika mengagihkan sate. Gambar kredit: Pahang FA

 

Pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad bergambar dengan peminatnya. Gambar kredit : Pahang FA

Secara kesimpulannya, program sebegini banyak memberi impak kepada pihak pengurusan dan para pemain pasukan Pahang untuk berada lebih dekat di hati penyokong. Ianya secara tidak langsung dapat menarik minat penyokong untuk hadir ke stadium memberikan sokongan padu kepada pasukan mereka. Sifat rendah diri yang ditonjolkan oleh mereka ternyata berjaya memikat hati pengunjung dan membawa kepada hubungan yang harmoni di antara pemain dengan penyokong Pahang.