Other Editions

Bekas Pengendali SC Beira Mar, Ulisses Morais Jurulatih Baru Johor Darul Ta’zim

Kemaskini terbaru laman sosial Johor Southern Tigers, mengumumkan perlantikan pengendali baru Johor Darul Ta’zim, menggantikan Benjamin Mora yang akan mengemudi pasukan Johor Darul Ta’zim II.

Bekas jurulatih kelab divisyen 2 Portugal, SC Beira Mar, Ulisses Morais, secara rasmi diperkenalkan kepada semua kira kira satu jam yang lalu.

Jurulatih yang berasal dari Portugal ini mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal seperti Famalicao, Aves, S.C Beira-Mar, Academica De Coimbra dan banyak lagi serta telah melatih ramai pemain ternama sepanjang karier beliau di sana.

Selamat maju jaya Ulisses Morais!