Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Budak universiti tewaskan abang polis

UiTM meraih kemenangan pertama musim ini apabila menewaskan PDRM 3-1 di Stadium UiTM.

Import UiTM, Rabih Ataya menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma pada minit ke-11.

UiTM menggandakan jaringan apabila Gustavo Dos Santos menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-44.

Tuan rumah semakin selesa apabila Zulkifli Zakaria menjaringkan gol ketiga pada minit ke-83.

PDRM mendapat gol saguhati menerusi Eskandar Ramli di hujung masa tambahan sebelum wisel penamat.