Luar Negara

Fasiliti Bola Sepak Di J-Green Sakai, National Football Center Osaka

140723141439

Ini adalah salah satu dari 4 akademi bola sepak kendalian JFA sendiri. Terdapat 3 akademi JFA iaitu Akademi Kumamoto, Akademi Sakai dan Akademi Fukushima dan Akademi Imabari.

Mengambil contoh kemudahan yang disediakan di J Green Sakai, kita dapat lihat bagaimana sesebuah “National Football Center” dibangunkan dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh pemain, jurulatih dan pengurusan.

Padang Bola Sepak

Disini ada 5 padang bola sepak menggunakan natural grass dan 10 padang bola sepak menggunakan artificial grass!

main

Gambar diatas merupakan padang bola sepak utama di J Green Sakai Osaka. Ia boleh dianggap sebagai mini stadium bagi perlawanan yang dianjurkan oleh pihak akademi.

Selain daripada itu, mereka juga mempunyai 4 lagi padang bola sepak yang menggunakan natural grass, yang terletak dibelakang padang utama diatas.

Dibawah ini kami cuba membawa anda untuk melihat dengan lebih jelas peta Akademi J Green Sakai, Osaka ini.

map

Kemudahan Lain Yang Ada Di J Green Sakai, Osaka: 

1) Club House

Mempunyai bilik yang boleh menampung 100 orang dalam ssatu-satu masa dengan pelbagai kelengkapan untuk mengendalikan kursus bola sepak.

Selain itu, terdapat juga bilik yang kecil memuatkan sekitar 20 orang bagi pelbagai kegunaan termasuk kursus dan sebagainya.

140613145755

10982709_349975701863265_7689437839458441525_n

 

2) Indoor & Outdoor Artificial Futsal Pitch

Terdapat 5 indoor futsal pitch dan 3 outdoor futsal pitch disediakan di Akademi J Green Sakai, Osaka.

Semua padang futsal ini menggunakan turn dari Sumitomo Rubber Hybrid Turf.

140613145812 10984630_349975615196607_1192113338331498662_n

2016-06-24_8-23-41

3) Locker Room

Boleh dianggap sebagai bilik persalinan, kerana mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik persalinan di stadium termasuk tempat mandi.

140613145835

2016-06-24_8-10-32

4) Balapan / Trek

trek

Selain dari kemudahan utama disini dalam sukan bola sepak, ada juga kemudahan untuk sukan lain seperti olahraga dimana, ada 1 trek 400m dan padang yang boleh digunakan bagi sukan ragbi dan American Football.

 

5) Laluan Berbasikal & Jalan Kaki

basikal

Mereka cuba untuk memaksimumkan penggunaan ruang dalam kawasan ini, mereka turut menyediakan course bagi aktiviti berbasikal  dan jalan kaki sejauh 2.2 km satu pusingan.

Kesimpulannya, ini merupakan satu akademi yang lengkap bagi sukan bola sepak khususnya walaupun tidak dinyatakan mempunyai kemudahan gym serta yang lain. J-Green Sakai, Osaka ini hanyalah sebuah akademi bola sepak JFA dari 4 akademi seluruh negara Jepun dan tidak termasuk akademi dari kelab-kelab J League dan sebagainya lagi.