J League mengesahkan peningkatan nilai hak penyiaran liga lebih 4 kali ganda mulai musim 2017, bernilai RM495 juta setahun selepas pihak Perform Group bersetuju untuk menandatangani kontrak selama 5 musim sehingga 2021.
Ini bermakna, nilai hak penyiaran J League selama 5 musim akan datang adalah RM2.5 bilion!
Hak penyiaran J League sekarang dipegang oleh syarikat penyiaran swasta Jepun, Sky Perfect, dan akan tamat pada penghujung musim nanti. Dilaporkan nilai hak penyiaran yang diberikan adalah hanya sebanyak RM115 juta semusim oleh Sky Perfect kepada J League.
Dengan peningkatan nilai hak penyiaran yang diterima itu, pihak J League menyasarkan peningkatan pendapatan kepada kelab-kelab dan dengan ini membolehkan mereka membawa pemain-pemain yang berprofil tinggi untuk bersaing dalam J League mulai musim 2017.
BACA JUGA: Suning Commerce Group Beli Inter Milan Dengan Harga 270 juta Euro!