Berita Malaysia

Tribe Ratings: Dua jaringan Safawi tumbangkan juara bertahan dan Son Heung-min

Sejarah tercipta. Skuad bawah 23 tahun negara menumbangkan juara bertahan, Korea Selatan menerusi dua jaringan Safawi Rasid. Korea Selatan yang diperkuat dengan bintang Tottenham Hotspurs, Son Heung-min. Anak buah Datuk Ong Kim Swee beraksi dengan cukup mantap untuk mengekang asakan Korea Selatan dan dua serangan balas pantas memberikan tiga mata berharga buat Malaysia. Kesemua pemain Malaysia layak dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan, tetapi ini rating untuk pemain-pemain Malaysia.