Liga Super Malaysia Berita

Astro tawar harga promosi Liga Malaysia 2023

Astro menawarkan harga promosi kepada peminat bola sepak yang ingin menonton Liga Malaysia musim 2023 yang bakal bermula pada 24 Februari ini.

Bagi para pelanggan Astro yang tidak mempunyai langganan Sports yang berminat untuk menonton perlawanan Liga Malaysia boleh mendaftar di https://promotions.astro.com.my/details/ligakita dan menikmati harga pengenalan RM4.99 sebulan.

Untuk pelanggan baharu Astro yang mahukan akses kepada Liga Malaysia dan sukan terbaik, mereka boleh mendaftar untuk pakej Pek Sports dari RM89.99 sebulan, tawaran istimewa selama 24 bulan berbanding harga biasa RM99.99 sebulan.

Para pelanggan Astro yang sudah mempunyai langganan Sports dapat menikmati akses segera termasuk sorotan-sorotan dan menonton semula perlawanan di On Demand.

Liga Malaysia akan disiarkan secara langsung dalam HD di saluran Astro yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Arena Bola iaitu saluran 803 dan 804 dan strim di Astro GO.

Bukan di Astro sahaja, peminat juga boleh menonton Liga Malaysia di Astro NJOI dan sooka.

Astro
-Disertakan untuk pelanggan Pek Sports tanpa kos tambahan.
-Pelanggan bukan Pek Sports boleh menaik taraf kepada Pek Sukan dengan harga tawaran istimewa RM89.99 sebulan atau menambah Liga Malaysia ke langganan semasa mereka pada harga pengenalan istimewa RM4.99 sebulan sehingga 3 bulan (harga biasa RM9.99 sebulan).
-dapat mengakses perlawanan terpilih di RTM.

NJOI
-Beli Pek Liga Malaysia pada harga RM29 selama 30 hari
-Termasuk dalam Pek Sports Mega Baharu pada harga RM70 selama 30 hari.
-Beli mana-mana pek di atas dan dapatkan akses penstriman percuma on the go melalui sooka
-Maklumat lanjut di https://www.njoi.com.my

sooka
-Pas Single Match pada harga pengenalan RM4.90 perlawanan

Beli Pas Liga Malaysia pada harga RM28.90 sebulan
-Beli VIP+Sports pada harga RM41.90/sebulan dan akses semua kandungan sukan termasuk Liga Malaysia dan semua hiburan sooka melalui telefon mudah alih
-Beli TV VIP pada harga RM62.90 sebulan untuk pengalaman TV skrin besar serta satu akses mudah alih sooka dan strim semua kandungan sukan termasuk Liga Malaysia dan Liga Perdana dan semua hiburan
-Maklumat lanjut di https://sooka.my/whats-new/vip-tv

Pelanggan baharu boleh WhatsApp ‘Get Sports’ ke 03-9543 3838 dan mendaftar untuk Pek Sukan atau untuk pelanggan sedia ada, WhatsApp ‘LigaKita’ di nombor yang sama untuk menambah Liga Malaysia kepada langganan mereka.

Dapatkan maklumat lanjut dan nikmati penjimatan yang lebih pada Pek Sports melalui https://shop.astro.com.my/sports-pack/details.