Berita Asia Tenggara

Mario Gomez ancam tinggalkan Persib Bandung

Nampaknya mungkin Mario Gomez masih terbayang kemudahan di JDT.

Ketua jurulatih Persib Bandung itu telah mengancam untuk meninggalkan kelab jika pihak pengurusan tidak menunaikan permintaannya dengan segera.

Menurut laporan Bola.com, Mario dikhabarkan tidak berpuas hati dengan kemudahan latihan yang ada di Persib Bandung.

“Saya memang mendapat tawaran daripada pasukan lain, tetapi bagi saya ketika berada bersama satu pasukan, pihak pengurusan perlu berfikir mengenai kemudahan latihan, pemain muda, padang yang bagus untuk latihan, bonus bagi pasukan dan mes pemain.

“Ini semua adalah untuk pemain, termasuk pemain muda kerana mereka pemain professional dan berkerja di sana,” kata Gomez.

Gomez dikatakan mengancam untuk meninggalkan kelab pada bulan Jun jika permintaannya tidak dipenuhi.

“Kami sudah berbincang dengan pihak pengurusan berkenaan soal kemudahan. Jika mereka boleh menambah baik, saya akan sambung, tetapi jika tidak da nada tawaran daripada pasukan lain pada bulan Jun, saya tidak akan terus bersama Persib.”

Setakat ini, antara khabar yang sedang tersebar adalah Mario Gomez sedang diintai oleh Bali United ekoran prestasi hambar Bali United di Liga 1 Indonesia dan Piala AFC.

Persib Bandung di bawah kendalian Mario Gomez kini berada di tangga ketujuh Liga 1 Indonesia dengan 14 mata tetapi kurang tiga perlawanan berbanding pasukan lain.