Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Felda United ikat Kuala Lumpur

Kuala Lumpur membiarkan lawan mereka, Felda United menjaringkan tiga gol pada aksi pertama suku akhir pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, di mana berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Skuad ibu kota sekarang tidak mempunyai pilihan lain selaind daripada perlu mencatat kemenangan pada aksi timbal balik di Jengka, minggu hadapan.

Manakala bagi skuad Felda, mereka membawa pulang bekal yang selesa ke Jengka dan hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan untuk layak ke peringkat seterusnya.

kedaua-dua pasukan mempunyai peluang terbaik bagi merobek gawang lawan masing-masing namun ketumpulan di bahagian serangan menyebabkan beberapa percubaan sedikit tersasar.

Felda United membuka jaringan melalui Abdul Azim Rahim pada minit ke-22 sebelum Indra Putra Mahayuddin berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-40.

Gol kedua Kuala Lumpur hadir sekali lagi melalui Indra Putra pada minit ke-53 sebelum Abdul Azim sekali lagi menjaringkan gol kedua peribadi untuk menyamakan kedudukan.

Namun Kuala Lumpur terpaksa akur dengan gol ketiga Felda melalui Jocinei Schad pada minit ke-74 manakala tuan rumah menyamakan kedudukan selang lima minit  selepas itu menerusi Paulo Jasue.