Liga Super Malaysia Berita

Aaron Niquez Azam Mahu Menang Piala

Pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Aaron Niquez berazam untuk menghadiahkan piala kepada pasukan baru beliau menjelang sepak mula Liga Malaysia nanti.

Pemain kelahiran Sepanyol menjadi pemain kedua ditandatangi oleh JDT yang bakal beraksi sebagai pasukan pertama daripada Malaysia dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (AFC)

Abang kepada pemain Atletico Madrid, Saul Niquez adalah bekas pemain akademi Valencia yang mengisi kuota pemain import JDT bersama-sama dengan  Mauricio Nascimento dari Brazil yang menyertai pasukan, Oktober lalu.

“Saya sudah mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan untuk mendapatkan keserasian. Segala-galanya berjalan lancar dan sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik buat pasukan untuk mencapai apa yang ditetapkan oleh ‘Boss’ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim).

“Misi utama saya di sini adalah mahu meraih kejayaan dalam Liga Juara-Juara Asia (AFC) dan mahu memenangi seberapa banyak piala di Malaysia untuk dihadiahkan kepada ‘Boss’ dan penyokong setia Harimau Selatan,” katanya hari ini.

Beliau bakal mengisi posisi serangan JDT dalam usaha memberi ketajaman menjelang kempen AFC dan Liga Super.