Piala Dunia 2018 Berita

Bintang tenis dunia dan atlet terjun negara juga terjebak dengan demam Piala Dunia

Empat tahun sekali dunia dilanda demam Piala Dunia. Ia bagaikan musim perayaan kepada semua pencinta bolasepak. Ketika Piala Dunia ini lah topik-topik lain tenggelam dan bolasepak menjadi tajuk utama perbualan oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, peminat bolasepak menzahirkan rasa cinta mereka terhadap pasukan kesayangan melalui pelbagai cara, terutamanya menerusi media sosial. Ini bukan sahaja dilakukan oleh orang biasa, tetapi juga atlet-atlet sukan ternama dunia.

Antara yang rajin menunjukkan sokongan terhadap Piala Dunia adalah beberapa pemain tenis dunia seperti Kei Nishikori, Roger Federer dan Serena Williams. Selain mereka, turut terjebak dengan demam Piala Dunia adalah bintang acara terjun kita sendiri, Pandelela Rinong. Mari kita lihat apa mereka tulis di media sosial.

 

https://www.instagram.com/p/Bkx9h9QhKGe/?taken-by=gomofarah

Nah, itu baru atlet yang menzahirkan sokongan. Pastinya anda lebih gila dan kreatif dari mereka. Apa-apa pun ini menunjukkan betapa popularnya bolasepak dan Piala Dunia kepada semua lapisan masyarakat. Ianya satu kegilaan yang mungkin sukar ditandingi oleh sukan lain.