Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Koleksi statistik menarik daripada kekalahan Colombia di tangan England

England berjaya meletakkan mereka sebagai 8 pasukan terakhir yang bersaing untuk merebut trofi Piala Dunia 2018. Ini setelah mereka berjaya mengalahkan Colombia dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 selama 120 minit permainan.

Kejayaan tersebut berjaya mencipta rekod layak ke saingan suku akhir setelah kali terakhir mereka layak ke peringkat tersebut tahun 2006, 12 tahun lalu.

Statistik menunjukkan Colombia dan England menghasilkan beberapa angka yang hampir seimbang dari segi penguasaan bola, percubaan dan hantaran. Tetapi beberapa segi pula melihatkan dominasi England seperti situasi bola mati dan peratusan hantaran tepat.

Berikut adalah koleksi statistik perlawanan Colombia menentang England:

Penguasaan bola hampir seimbang

Dari segi penguasaan bola, Colombia mempunyai 49% penguasaan manakala England pula memiliki 51% penguasaan. Ini jelas dengan kedua-dua pasukan agak seimbang dalam bertahan dan melakukan serangan.

Percubaan

Dari segi percubaan pula, sebanyak 16 percubaan dilakukan oleh pasukan England manakala Colombia melakukan 14 percubaan. Namun begitu, Colombia lebih banyak sasaran tepat iaitu 4 percubaan tepat berbanding England yang mempunyai 2 sahaja. Baki selebihnya, 9 percubaan tersasar dan 5 percubaan dihalang untuk pasukan England. Colombia pula mempunyai 7 percubaan tersasar dan 3 berjaya dihalang.

Situasai bola mati

Statistik disini lebih memihak kepada England. 7 sepakan sudut dan 24 sepakan percuma diberikan kepada England. Manakala Colombia hanya berjaya mendapat 2 sepakan sudut dan 15 sepakan percuma sahaja.

Hantaran yang seimbang antara kedua-dua pasukan

Angka yang tercatat untuk hantaran yang dibuat oleh pasukan Colombia adalah 516 hantaran dan England pula mencatat 571 hantaran. Namun begitu, England mempunyai peratusan hantaran yang berjaya sebanyak 82% manakala Colombia sekadar merekodkan 78% hantaran tepat.

Disiplin

Sebanyak 8 kad kuning dilayangkan dan Colombia membolot sebanyak 6 kad! Mereka juga melakukan kekasaran sebanyak 23 kali berbanding England yang mencatat 13 kekasaran sahaja.