Malaysia Berita

Senarai pemain Malaysia lawan Oman

Seramai 33 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat, 8 Mac 2024.

Ini bagi menghadapi perlawanan ketiga dan keempat pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat pada 21 Mac 2024 dan di Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.

Pan-gon telah mengekalkan seramai 21 daripada 26 pemain dari skuad Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari lalu.

12 pemain baharu yang dipanggil ialah penjaga gol Suhaimi Husin, Azam Azmi Murad dan Safwan Mazlan dari Terengganu; Sharul Nazeem Zulpakar, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi, Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, Ruventhiran dan Aliff Izwan Yuslan dari Selangor; Haqimi Azim Rosli dari Kuala Lumpur City dan T. Saravanan dari Pahang.

Bagaimanapun, sebahagian daripada 33 pemain ini akan melapor diri lewat pada Jumaat, 15 Mac 2024 dan sejurus selepas kehadiran mereka itu nanti, beberapa pemain yang berusia bawah 23 tahun akan dilepaskan ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido.

“Kita faham pasukan-pasukan kelab sedang menjalani latihan pramusim dan pada masa sama, kalendar FIFA pula hanya akan bermula dari 18 hingga 26 Mac 2024,” kata Pan-gon.

“Namun, kita tetap perlu melakukan persediaan awal bagi menghadapi dua perlawanan menentang Oman ini dan atas sebab itu saya memulakan kem latihan pusat pada 8 Mac dengan memanggil sama beberapa pemain dari skuad B-23.”

Katanya, selepas perbincangan dengan kelab-kelab terlibat, sebahagian pemain hanya akan melapor diri pada 15 Mac.

“Saya faham yang mereka baru saja kembali dari bercuti dan baru memulakan latihan bersama kelab, berbanding pemain-pemain lain yang telah lebih awal turun berlatih bersama kelab masing-masing,” katanya lagi.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan ketiga Kumpulan D menentang Oman pada Khamis, 21 Mac 2024 di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat sebelum terbang pulang bagi perlawanan keempat bertemu juga Oman di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 26 Mac 2024.

Senarai 33 pemain

GK: Syihan, Sikh Izhan, Azri Ghani, Suhaimi Husin

DF: Matthew Davies, Corbin-Ong, Dion Cools, Shahrul Saad, Junior Eldstal, Sharul Nazeem, Zikri Khalili, Ruventhiran, Azam Azmi, Safwan Mazlan, Dominic Tan, Daniel Ting

MF: Brendan Gan, Endrick, Stuart Wilkin, Syamer Kutty, Harith Haiqal, Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, Aliff Izwan

W: Arif Aiman, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Faisal Halim, T Saravanan

ST: Romel Morales, Paulo Josue, Darren Lok, Haqimi Azim