Malaysia Berita

Kim Pan-gon bangga dengan pemain Malaysia

Kim Pan-gon meluahkan rasa bangga dengan prestasi pemain Malaysia ketika berjaya mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023.

Ini setelah Malaysia bangkit dengan 3 gol di separuh masa kedua, dengan Romel Morales menjaringkan gol di saat-saat akhir perlawanan.

“Keputusan yang hebat,” kata Pan-gon selepas perlawanan.

”la adalah permainan hebat dan saya berterima kasih kepada semua pemain.

“Kita berdepan pasukan gergasi Asia dengan kehadiran penjaring terbanyak liga dan pemain pertahanan Bundesliga. Ia satu cabaran yang hebat.

“Saya sangat berbangga dengan pemain saya.”

Beliau akui skuad negara mampu pergi lebih jauh dengan keputusan itu.

“Kami bergelut pada separuh masa pertama tetapi bangkit pada separuh masa kedua.

“Gol penyamaan pada penghujung adalah keputusan yang menakjubkan untuk kita.

“Korea Selatan adalah pasukan berkualiti tinggi, anda boleh melihat dari statistik penguasaan bola. Kita akan memperoleh banyak pengalaman daripada pertemuan ini.”