Berita Asian Cup

Kalah kepada Jordan, Kim Pan-gon mohon maaf kepada peminat Malaysia

Kim Pan-gon tampil memohon maaf di atas kekalahan Malaysia 4-0 kepada Jordan.

Katanya, tahap kualiti Jordan jauh lebih baik berbanding dari Malaysia.

“Tahniah kepada Jordan, mereka tunjukkan prestasi baik malam ini dan mereka layak menang kerana secara fizikal dan teknikalnya mereka lebih baik dari kami.

“Saya mohon maaf daripada peminat Malaysia, kita jangka dapat berikan cabaran sengit dan saya rasa sedih.”

Namun, beliau berharap skuad negara dapat bangkit daripada kekalahan tersebut.

“Kami perlu pulih dengan cepat atas kekalahan ini untuk hadapi dua perlawanan lagi.

“Kami melihat kepada strategi serangan, tetapi Jordan terlalu kuat, separuh masa pertama amat tertekan dan ia sukar untuk diperkatakan, kami akan kaji perlawanan ini dan perbetulkan keadaan.”