Liga Premier Malaysia Berita

Kelantan FA mahu Matyo kembali

Kelantan FA dilaporkan ingin membawa masuk kembali bekas penyerangnya, Norshahrul Idlan Talaha bagi saingan musim 2020.

Pemain berusia 33 tahun itu beraksi di Pahang selama dua musim namun tidak ditawarkan sebarang kontrak dan sedang mencari pasukan baharu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Hussin Deraman mengesahkan pihaknya ada mengadakan perbincangan bersama Matyo tetapi enggan mendedahkan maklumat lebih lanjut.

“Memang ada perbincangan, tapi belum ada kata putus,” katanya kepada BH Sukan.

Matyo mencipta nama dalam liga bolasepak negara apabila membantu Kelantan memenangi Piala Malaysia 2010, Liga Super dan Piala FA pada 2011 dan treble pada 2012.

Beliau turut memenangi anugerah pemain paling bernilai pada 2012.

Namun beberapa bulan selepas itu, Matyo meninggalkan Kelantan dalam penuh kontroversi, apabila beliau menyertai JDT dengan bayaran RM299,000 sebagai menebus kontrak bersama Kelantan.

Bagaimanapun, Matyo hanya kekal di JDT selama dua musim sebelum menyertai ATM pada 2015, Terengganu pada 2016 dan Pahang pada 2018.