Liga Super Malaysia Berita

JDT umum 4 pemain baharu bagi musim 2024-2025

JDT mengumumkan 4 lagi pemain baharu bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2024-2025.

Ia meliputi pemain pertahanan Azam Azmi Murad, pemain tengah Manuel Hidalgo dan adik-beradik Declan dan Ryan Lambert.

“Kami juga dalam perbincangan untuk menandatangani seorang penjaga gol,” kata CEO JDT, Alistair Edwards.

Bagaimanapun, Azam dan Declan dipinjamkan semula ke Terengganu dan Kuala Lumpur manakala Hidalgo akan dipinjamkan ke Pahang.

Ryan pula akan berlatih dengan pasukan utama Harimau Selatan, namun belum ditentukan sama ada akan dipinjamkan juga atau diserap ke dalam skuad JDT.

Azam Azmi dilihat sebagai pelapis kepada Matthew Davies bukan sahaja di JDT, tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Setakat ini, JDT sudah menandatangani pemain tengah Jalil Elias dan penyerang, Romel Morales.