Liga Super Malaysia Berita

Terengganu sumbat 5 gol, Kelantan kalah kali ke-5

Terengganu membuktikan sebagai kuasa Pantai Timur apabila membelasah jiran tetangga Kelantan 5-0 di Kuala Terengganu.

Ia kemenangan ketiga buat Terengganu, meraih 10 mata daripada 7 perlawanan dan menduduki tangga ke-6 Liga Super.

Terengganu mendahului pada minit ke-16 menerusi jaringan Jordan Mintah sebelum penyerang Thailand, Adisak Kraisorn menambah gol kedua pada minit ke-21.

Walaupun ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama, Kelantan tidak nampak seperti akan bangkit sebaliknya Terengganu lebih banyak peluang di hadapan gol.

Ia terbukti apabila pemain importnya, Ivan Mamut menjaringkan 2 gol dalam tempoh kurang 30 minit.

Hakimi Abdullah melengkapkan kemenangan Terengganu di minit akhir perlawanan.

Terengganu akan bertemu Kuching City pada 9 April manakala Kelantan yang mencatatkan kekalahan ke-5 berturut-turut akan bertemu Selangor pada 9 April.