JDT terus memegang takhta Liga Super apabila membelasah Perak 5-0 di Ipoh.
Ia kemenangan ke-7 berturut-turut buat JDT, meraih 21 mata selepas mengharungi 7 perlawanan.
Leandro Velazquez beraksi cemerlang apabila menjaringkan 2 gol.
JDT mendahului seawal minit ke-5 menerusi gol sendiri Hasnul Zaim.
Leandro menambah gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-25.
Diogo menjadikan kedudukan 3-0 seminit sebelum tamat separuh masa pertama.
JDT semakin selesa apabila Bergson menjaringkan gol keempat pada minit ke-66.
Leandro melengkapkan kemenangan JDT dengan sepakan percuma di minit akhir perlawanan.
JDT akan bertemu Kedah pada 9 April ini manakala Perak yang hanya mengutip 5 mata daripada 7 perlawanan akan bertemu KL City pada 10 April.