Berita Liga Super Malaysia

Tiada JDT, tiada Liga Malaysia – TMJ

Johor Darul Ta’zim disifatkan sebagai penyumbang utama kepada peningkatan penajaan dan nilai komersial Liga Malaysia.

Ini selepas MFL mengagihkan lebih RM15 juta kepada 14 kelab Liga Super, dengan 6 kelab teratas meraih lebih RM1 juta manakala pasukan tercorot liga meraih sekurang-kurangnya RM600,000.

“Tiada JDT tiada liga,” kata pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita.

“JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta.”