Selangor meraih kemenangan dramatik apabila menjaringkan gol di saat-saat akhir perlawanan sebelum menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Kelana Jaya.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor berada di tangga ke-2 Liga Super dengan 16 mata selepas 7 perlawanan.
Selangor bagaimanapun ketinggalan pada awal separuh masa kedua apabila pertahanan Negeri Sembilan, Herold Goulon menyempurnakan sepakan penalti.
Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Faisal Halim menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-56.
Ketika perlawanan memasuki masa tambahan, pertahanan Selangor, Sharul Nazeem muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya.
Selangor akan bertemu Kelantan pada 9 April ini manakala Negeri Sembilan akan bertemu Sabah pada 10 April ini.