Liga Super Malaysia Berita

JDT raih 2 penalti, Kelantan tewas kali ke-3

Johor Darul Ta’zim meraih kemenangan ke-4 dalam Liga Super apabila menewaskan Kelantan 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Ia kemenangan keempat berturut-turut buat JDT dan kekalahan ketiga buat Kelantan.

JDT menjaringkan 3 gol di separuh masa pertama dan mendahului seawal minit ke-3 menerusi sepakan penalti yang disudahkan Diogo Luis Santo.

Gol kedua dijaringkan oleh Endrick dos Santos pada minit ke-26 sebelum Fernando Forestieri pada minit ke-35.

JDT menambah gol ke-4 pada minit ke-56 menerusi Juan Muniz.

Namun, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Leonardo Rolon pada minit ke-69.

JDT melengkapkan kemenangan dengan jaringan penalti Arif Aiman pada minit ke-80, dengan keputusan 5-1 kekal hingga tamat perlawanan.

JDT mendahului Liga Super dengan 12 mata dalam 4 perlawanan manakala Kelantan di tangga ke-8 dengan mengumpul 3 mata.

JDT akan berkunjung ke Selangor pada 17 Mac manakala Kelantan dikunjungi KL City pada 17 Mac.