Liga Super Malaysia Berita

Penyerang berbisa Thailand, Adisak Kraisorn sertai Terengganu

Penyerang berbisa Thailand, Adisak Kraisorn membuat kejutan apabila menyertai Terengganu bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2023.

Ini kali pertama pemain berusia 31 tahun itu berkelana ke luar negara selepas lebih 10 tahun menghabiskan kariernya di Thailand.

Malah, Adisak bakal menyarung jersi bernombor 9 di Terengganu musim depan.

“Pemain dari kelab Muangthong United iaitu kelab yang beraksi di liga utama Thailand ini menandatangani kontrak selama tempoh 2 tahun ( 1 + 1 ),” menurut Media Terengganu FC.

“Adisak akan mengisi kuota pemain asing Asean yang ditinggalkan oleh Manuel Ott iaitu pemain dari negara Filipina.

“Adisak memutuskan untuk berhijrah dari liga Thailand adalah untuk mendapatkan cabaran baharu dan beliau melihat saingan Liga Malaysia adalah antara salah sebuah liga kompetitif di Asia Tenggara.”

Adisak mencipta namanya di Asia Tenggara apabila membantu negaranya muncul juara Piala AFF 2014 dan 2022.

Pengumuman Adisak dibuat selepas Terengganu menandatangani seorang lagi penyerang import iaitu Sony Norde.

Ini setelah Faisal Halim meninggalkan Terengganu untuk menyertai Selangor bagi musim depan.