Liga Super Malaysia Berita

MFL: Liga Super musim 2023 bantu setiap pasukan jana pendapatan lebih besar

CEO MFL, Stuart Ramalingam menyifatkan Liga Super baharu musim 2023 bakal membantu setiap pasukan menjana pendapatan lebih besar berbanding musim sebelum ini.

Ini selepas MFL membuat keputusan untuk menstruktur semula Liga Super dengan 18 pasukan tahun depan, sekali gus menjadikan setiap pasukan perlu menghadapi 34 perlawanan berbanding hanya 22 perlawanan.

“Kira kira 70 hingga 90 peratus kos setiap pasukan adalah gaji,” kata Stuart kepada Berita Harian.

“Dengan pertambahan perlawanan, ini adalah peluang untuk pasukan menjana pendapatan bagi menampung 90 peratus bagi pembayaran gaji pemain itu.

“Pertambahan perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan serta perlawanan lain lagi, ini adalah potensi perniagaan yang saya harap boleh dilihat oleh pihak lain.

“Pasukan yang ada kelompok penyokong besar menantikan perlawanan yang lebih banyak.”

Bagaimanapun, Stuart tidak terlalu bimbang dengan kemungkinan masalah gaji yang akan berlaku musim depan.

“Pembayaran gaji pun memang sudah komited untuk 11 bulan jadi sebenarnya tidak banyak berubah untuk kos pembayaran gaji mereka.”