Liga Super Malaysia Berita

Sumareh dalam radar Kedah

Mohamadou Sumareh dilaporkan mendapat tawaran daripada beberapa pasukan Liga Malaysia terutamanya Kedah.

Berita Harian melaporkan pasukan dari Utara Malaysia itu sedang berunding dengan pemain berusia 26 tahun itu memandangkan kontrak enam bulannya akan berakhir tidak lama lagi.

“Kedah kini sedang merisik Sumareh sebagai persiapan untuk musim depan dan tidak mustahil jika dia dapat beraksi bersama Kedah, namun buat masa ini, masih di peringkat merisik.

“Bagaimanapun, bukan sahaja Kedah, beberapa kelab lain juga sedang berusaha keras bagi mendapatkan khidmat Sumareh selepas dia belum diikat oleh mana-mana pasukan,” menurut sumber tersebut.

Sumareh sepatutnya berhijrah ke Selangor selepas membatalkan kontraknya dengan Pahang.

Namun disebabkan jendela perpindahan ditutup sepanjang musim 2020, Sumareh membuat keputusan untuk menyertai kelab Thailand, Police Tero FC untuk enam bulan.

Bagaimanapun, Selangor membuat keputusan untuk tidak menandatantangani Sumareh, memberi peluang kepada pasukan lain untuk membuat tawaran.