Liga Super Malaysia Berita

FAM beri KAFA masa sehingga 31 Ogos

FAM melanjutkan lagi tempoh sehingga 31 Ogos bagi memberi peluang kepada KAFA untuk melunaskan segala tunggakan gaji pemain.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata ia satu keputusan yang wajar bagi membolehkan mereka mencari dana tambahan dalam menyelesaikan krisis kewangan pasukan.

“FAM setuju dengan rayuan kita di mana tempoh 30 Jun sebelum ini dilanjutkan sehingga 31 Ogos. Ini amat membantu kerana memberi masa untuk kita selesaikan semua kriteria pelesenan kelab,” katanya kepada Berita Harian.

“Tunggakan itu dalam bentuk jadual pembayaran. Jadi, apabila timbul masalah COVID-19, pembayaran itu tergendala tetapi kita sedang berusaha supaya boleh mulakan pembayaran jadual itu seperti sedia kala sebelum 1 Ogos ini.

“Kita sentiasa berusaha keras untuk mematuhi jadual yang dipersetujui bagi mengelak dikenakan pemotongan mata.”