Luar Negara Berita

Hadi Fayyadh kini Duta Pelancongan Okayama

Penyerang Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abdul Razak kini dilantik sebagai duta pelancongan negeri Okayama.

Pemain berusia 20 tahun itu mengumumkan perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya, selepas setahun menyertai kelab Jepun itu.

“Saya berbangga dilantik sebagai duta untuk mempromosikan pelancongan Okayama.

“Saya harap anda dapat mengunjungi negeri yang menarik ini, menikmati pemandangan yang indah, menyelami budaya tradisional dan makanan tempatan.”

 

Baru-baru ini, Hadi menjaringkan satu gol dalam perlawanan persahabatan ketika berdepan kelab Liga J1, Sanfrecce Hiroshima.

Okayama merupakan salah satu daripada 47 negeri di Jepun dan bandar terbesarnya dikenali sebagai Bandar Okayama.

Negeri itu terkenal dengan taman tradisional dan Istana Okayama merupakan mercu tanda negeri itu.