Liga Premier Malaysia Berita

Malek Noor turut bantu Kelantan FA

Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor turut tidak ketinggalan untuk memberikan sumbangan kepada Kelantan FA bagi melunaskan tunggakan gaji Cassio yang bernilai hampir setengah juta ringgit.

Walaupun berasal dari Batu Pahat, Johor dan beraksi dalam sukan yang berbeza ia tetap tidak menghalangnya untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

“Mari menyumbang kepada dana bolasepak Kelantan untuk teruskan perjuangan dalam Liga Malaysia,” katanya.

“Saya sudah menghulurkan sumbangan, anda bila lagi.”

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid memaklumkan pihaknya sudah mengutip RM9,582.00 setakat ini.