Dua perlawanan Liga Super berlangsung pada hari ini iaitu PDRM menentang JDT dan Pahang menentang Sabah.
PDRM lawan JDT
Ini kali pertama JDT bertandang ke pasukan lawan untuk berdepan dengan PDRM di Cheras. JDT sudah memenangi dua perlawanan berturut-turut namun prestasi mereka masih belum di tahap yang memuaskan selepas sekadar menang 1-0 ke atas Kedah dan 2-1 ke atas UiTM.
PDRM mengutip satu mata setakat ini selepas seri menentang Sabah dan tewas 3-1 kepada Melaka.
https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/2348598055438459/
Walaupun kualiti kedua-dua pasukan di atas kertas dilihat jauh berbeza, PDRM pastinya mahu membuktikan bahawa mereka mampu memberi saingan kepada juara bertahan Liga Super.
Dengan jadual perlawanan yang agak padat, Benjamin Mora dijangka menggilirkan pemainnya. Selepas Safawi Rasid tidak beraksi pada perlawanan lepas, beliau dijangka kembali pada malam ini.
Pahang lawan Sabah
Pahang berada dalam tekanan selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut, 3-1 kepada Selangor dan 3-2 kepada PJ City.
Sabah pula baru sahaja berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Felda United di laman sendiri.
Jika di atas kertas, Pahang sepatutnya mempunyai kelebihan dari segi kualiti ke atas Sabah, namun Dollah Salleh mempunyai tugas yang lebih berat untuk menaikkan semula semangat pemain.