Kolum Eropah

Lingard: Rashford mampu jadi lebih baik

Pemain tengah Manchester United, Jesse Lingard percaya rakan sepasukannya Marcus Rashford mampu untuk memberikan lebih buat pasukan. 

Marcus Rashford menjadi watak utama buat The Red Devils pada musim ini dengan memainkan peranan sebagai penyumbang gol utama. Penyerang berusia 22 tahun itu gemar menjaringkan gol menentang pasukan besar.

Buktinya, dia telah menyumbat gol ketika bertemu Chelsea, Tottenham Hotspur, Liverpool, dan Manchester City. Kini, United kembali di landasan yang tepat dan menghuni tangga kelima liga dengan pungutan 24 mata.

‘Dia (Rashford) menjalankan tugas dengan baik. Dia juga sangat merendah diri. Dia sangat bekerja keras dan membuktikannya dalam perlawanan’, kata Lingard kepada Goal.com.

‘Bola sepak adalah tentang kegembiraan dan dia sangat suka menjaringkan gol dan meraikannya. Itulah tugas yang dilakukan disini dan dia sini untuk menjaringkan gol’, tambahnya lagi.

Lingard turut yakin seratus peratus akan kemampuan Rashford untuk terus menyumbang dengan cemerlang kepada pasukan. Malah, Rashford masih lagi muda dan sedang melalui proses pembelajaran yang panjang.

Setakat ini, Rashford telah menyumbat 10 jaringan dalam saingan liga dan memiliki empat bantuan gol secara keseluruhan.