Tottenham Hotspur kembali bangkit selepas tewas 2-1 keatas Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris pertengahan minggu lepas. Spurs membelasah Burnley 5-0 di halaman sendiri dengan menyaksikan beberapa jaringan cantik telah terhasil dalam perlawanan tersebut.
Dua gol cantik jaringan Harry Kane dan satu gol masing-masing daripada Heung Min Son, Lucas Moura, dan Moussa Sissoko terus membantu Spurs untuk mengutip mata dan kini berada di tangga ketujuh liga.
Sejarah juga tercipta dalam perlawanan ini dengan menyaksikan rekod pertama gol tanpa bolos buat Spurs dibawah kendalian Jose Mourinho selepas tiga perlawanan liga. Dalam pada itu, Mourinho turut memuji persembahan luar biasa yang dipamerkan penyerang antarabangsa Korea Selatan, Heung Min Son.
Son menjaringkan gol solo cantik melepasi enam pemain sebelum melepaskan satu rembatan menewaskan penjaga gol Burnley, Nick Pope. Mourinho menyifatkan gol tersebut mirip seperti gol yang dihasilkan oleh Ronaldo Nazario ketika Barcelona menentang Sociedad Deportivo Compostella pada tahun 1996.
Terdahulu, Son telah menerima Anugerah AFC Pemain Terbaik Asia 2019 buat kali ketiga berturut-turut sebelum perlawanan bermula. Son sendiri mengakui dirinya turut kagum dengan persembahan dan gol luar biasa yang telah dihasilkan.
🇰🇷🏆 Sonny receives the AFC Asian International Player of the Year award for a record third time. #AFCAwards2019 ⚪️ #COYS pic.twitter.com/wYTIaeW5aO
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) December 8, 2019
Dalam pada itu, persembahan Spurs yang kini mula mendapat rentak dalam saingan Liga Perdana Inggeris membuktikan bahawa kehadiran pengendali Portugal, Jose Mourinho adalah tepat pada masa.