Malaysia Berita

Tajikistan hormati Malaysia

Ketua jurulatih Tajikistan, Usmon Toshev menyifatkan perlawanan menentang Malaysia akan menjadi pertembungan yang menarik. Beliau menegaskan perlawanan ini penting bagi persiapan menentang Myanmar pada 14 November depan.

Tajikistan yang berada di ranking 116 dunia diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Jepun, Myanmar, Mongolia, dan Kyrgyzstan. Tambahnya lagi perlawanan ini juga bertujuan bagi menilai prestasi pemain serta melihat kondisi pemain untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia yang dikatakan mirip seperti di Myanmar.

Kali terakhir pertemuan antara Tajikistan menentang Malaysia ialah pada 2014 yang mana menyaksikan kemenangan 4-1 berpihak kepada Tajikistan selaku tuan rumah. Usmon Toshev turut memuji aksi pemain-pemain Malaysia yang ternyata semakin maju. 

‘Saya mengikuti perkembangan Malaysia sebelum ini pada perlawanan menentang Vietnam. Malaysia adalah pasukan yang memiliki kepantasan. Berdasarkan prestasi semasa, Malaysia mampu layak ke pusingan seterusnya’, katanya lagi.

Sementara itu, ketua pasukan Tajikistan, Nazarov Akhtam pula ingin menjadikan perlawanan sebagai medan untuk melihat kekuatan dan kelemahan pasukan.Selain itu, kombinasi pemain muda dan senior juga akan memberikan kelainan buat pasukan Tajikistan.