Malaysia Berita

Misi balas dendam Baddrol

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar mengakui ketiadaan seorang lagi pemain pertahanan yang digantung, Rizal Ghazali menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukan.

Namun begitu, beliau yakin dengan pemain yang akan mengisi kekosongan tersebut dan berharap pemain itu akan memberikan yang terbaik.

Pemain berpengalaman ini juga berkata beliau akan berasa gembira andai mampu untuk menebus kehampaan pada tahun 2017 yang menyaksikan Kedah tewas 2-0 keatas Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain ini percaya jika rezeki memihak kepada pasukan Hijau Kuning, maka misi balas dendam juga tercapai.

Baddrol mengakui perlu bekerja keras pada malam ini untuk mengawasi pemain-pemain lawan (JDT) di barisan tengah. ‘Mereka memiliki pemain-pemain berkualiti. Tetapi apa yang penting pada malam ini ialah satu semangat juang yang tinggi daripada semua pemain’, katanya lagi.

Baddrol kini merupakan pemain yang paling banyak menghasilkan bantuan gol dengan jumlah lapan bantuan gol secara keseluruhan. Pemain yang digelar ‘Sharp Shooter’ dikalangan penyokong Helang Merah ini juga mampu menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang berbahaya.